Pages

Sunday, January 30, 2011

Ya Rabb...

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
*****

Monday, January 24, 2011

kenali kek...^_^,,

entahla...tetibe je ngidam nk mkn kek tgh mlm gni..hehe
so,pe lg ak pon spnts kilat nye cri kt lman web scret rcipe pnye kek!
yela,kek kt scret rcipe kn sdp...xg2???hehe...so,i present kek2 yg ak da cilok gmbrnye n tlh dlpilih utk ttapn my blog readerssss(ramai ke??)huhu..jeng3...present~

chocolate strawberry Rm 75.00

black forest cheese Rm80.00

chocolate chip walnut Rm75.00

chocolate mud cake Rm75.00

white chocolate macademia Rm75.00

trans fat blueberry free cake Rm80.00

vienna brownies Rm10o.00 (mhal ooooo!)

~so,kpd sesape yg trngn nk mkn kek,pegi la scret rcipe yg brhmpiarn dgn anda!ayuuhhh...haha,,
pstikn bwk duit bnyk ye..jgn lpe!peace....^_^,,~

dipetik dan diubahsuai drpd http://secretrecipe.com.my

lame snguh ak x update blog..lame ke??huhu,,
al maklumlah skunk ni tgh bz wat lsen moto n kete tu..alhamdulillah,dh pass lsen L..xsbar nk dpt kad lsen ni..cmne a mke ak kt lam kad tu erk,,haha..nk p jln2 lak ni..hehe,,ni nk cter ngn lbeh pnjng ni..alksah la,pd hri jmaat lpas 21/1 bru ni,ak dpt col dri kak pah my teacher car,,dye suh ak dtg ptg tu wt amli kete..pe ag..dup daap dup daap la jntung ni..yelaa,mne prnah ak bwk kete sblom ni,,pndai naek je..hihii,,,n mse 1st bwk tu trgelak ak coz stiap kli nk lpas clutch msti mampos kete tu..haha,,pstu kak pah ajar leklok n pastu terror la...haha..pling mncbr la mse naek bukit tu..nk kna imbng dye pnye mnyk tu ssh la..bpe kli ngundur ke blakng coz tkan mnyk pas wt trun brek..haha,,pastu ok la..
bez sgt!!^_^,,xsbar nk bwk kete ats jln lak..hope evrythng will be clear n dmadhkn sglanya...
insyaAllah aminnn........

cmni la rupe n bntuk kete yg ak bwk tu..

pasni ak kna tmpal cmni ke kt moto tu??haha...

lalalala......

lpas L,P la plop..

agk2 korang la,dyeorg ni kna ambk lsen x??haha...

cmni la rupe lesen ak tu nnti..cntek x??hehe,,,^_^,,

Sunday, January 16, 2011

,,ayat kursi,,

“Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

~Aduhai Kawanku...~

Aduhai2 kawanku.. Sekarang ini,dunia x keruan...Disaat ini,manusia menjadi tamak,seorang kawan sanggup mengkhianati kawan sendiri,soal duit jadi ukuran...walaupun soal agama sekalipun,duit juga yg jadi ukuran...ak x mahu menjadi org sebegini rupa...Walaupn kita maju selangkah tetapi kita mundur beberapa langkah...alangkah sayangnya jika kita lupa akan hikmah menjadi seorang islam...

Kini kita sanggup berperang sesama kita,demi kepentingan sendiri...jika dahulu sahabat-sahabat nabi berperang krn menegakkan islam...mereka sanggup bergadai nyawa demi menegakkan 'tali Allah'..pernah ku dengar suatu cerita,dimana seorang sahabat nabi yg sanggup berperang semata-mata ingin mati didalam keadaan syahid...tetapi apakan daya,disaat ajal tiba...dia berasa sedih..bukan kerana takut meninggalkan dunia...tetapi apa yg dihajatkan selama ini tidak kesampaian...'walaupun aku sering kali berperang atas jalan Allah,aku sedikitpun tidak berasa kesal,krn mati syahid itu yg selama ini kucari alangkah bagusnya jika aku mati dalam medan perang... ,lihatlah diriku sekarang ini,berbaring diatas katil menunggu ajal seumpama unta'...kata-kata ini yg terkeluar dr hujung bibirnya disaat maut menghampirinya...

Lihatlah zaman ini,zaman yg diwar-war sebagai zaman berteknologi dan berinformasi tetapi masyarakat hidup dalam ketakutan. Anak-anak muda islam sudah menjadi teruk...yg mana dosa yg mana pahala tidak tahu dibezakan...dihati mereka hanya mahukan kepuasan...mcm mana hendak dikata... nama nabi sanggup diperkotak katikkan...jangan begini wahai saudaraku...nak dirujuk jgn berdasarkan ilmu akli sahaja..nakli pun penting juga.. jangan pandai-pandai membuat hukum...hanya dosa percuma yg diterima ...krn ini banyak agama sesat terbentuk..sanggup mengaku dr adalah nabi kononnya.. sejak kecil sudah tahu tiada nabi akhir selain nabi muhammad...tetapi ada juga yg terpedaya...nak dikeluh tiada kata,nak dikata tiada bahasa..walaupun penganut agama islam ramai diserata dunia...ukhwah sesama kita tiada...apa nak jadi..apa nak jadi...tidak terungkap seribu kata untuk dirasa....yg perlu hanya keinsafan dlm diri dan moga diberi petunjuk oleh Allah... insyaAllah...

Saturday, January 15, 2011

Nilai Tudung Wanita..

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Friday, January 14, 2011

Karnival Jom Masuk U!!!

penat3...
ramai giler r org kt TTC td..tu awl pg lg..
ptg2 xtaw nk kate la..
mmg bnyk info2 yg brmanfaat n brgne sgt2 tuk stdent lpasn STPM & SPM..
yg diploma pon sme r..
krnival ni brlgsung slme 2 hri..hri jmaat hngga sbtu (14 januari-15januari)
so jgn lpskn pluang taw..!
meh pakat g rama2...^_^,,

Thursday, January 13, 2011

my first follower is.........

jeng3...
hihihi..tens tO izzah cOz da jd my first follower..
yg lain2 tu,ble lg...msih mnanti....^_^

Yuhuuu....

akhirnye...!
buat jgak blog ni..
kpd kwn2ku sile2 komen n bg pndgn sal blog ak ni..hehe,,,
~welcome to me in blog world~